KARTUNIS SPIKEY KINI BERDUET DENGAN KARTUNIS NAMIKPASHA

Lama kita tak dengar dengan nama SPIKEY ni, lama betul dia menghilang. Apakah sebabnya dan alasannya?

"aku kene meneruskan kelangsungan hidup hahahaha, kita manusia bernama lelaki memerlukan Agama Harta Takhta & Wanita. Then barulah kita dikategorikan Manusia yang hidup hehehe. Aku ambil masa 2 tahun untuk mencukupkan 3 daripada 4 perkara itu iaitu Agama (islam), Harta(ekonomi) dan Wanita(Isteri) , yang Takhta (tanggungjawab kerja) belum terlaksana bermaksud.. aku sudah berkahwin hehehe dan aku sayang isteri aku."

Kali ini Kartunis Spikey telah kembali dengan Komiknya yang pernah keluar 1 masa dahulu bertajuk ADEH! MOHON TERASA. Kini tajuk baru ADEH! Reborn : Siri Komik Main Lugeh yang baru terbit pada 14hb April 2015 yang lalu.

Apa yang special adalah kali ini dia tidak hadir berseorangan. Kini komik adeh didatangi dengan Namikpasha iaitu salah seorang penggiat komik indie.

"Aku nak siapkan 40 muka memang penat, jadi aku mintak tolong namikpasha bagi separuh hehehe"

Kini ADEH! bukan lagi komik Spikey, tapi komik untuk sesiapa sahaja yang mahu JV.

komik adeh spikeyfidz namikpasha
Bentuk Komik ADEH #2
Beliau yang pada mulanya salah seorang kartunis indie paling viral KOMIK GELABAH menghadapi banyak masalah ketika menyiapkan komik ADEH! isu 1 berkata.
"Komik ni penebus dosa, dosa apa? dosa lukisan tak cantik dan sistem penghantaran yang hampeh. Sekarang kerja dekat atas pos office, kalau tak dapat hantar juga, memang hampeh la aku hahahaa"

Diharapkan ADEH dapat berterusan untuk 30 Tahun lagi YEAHH!!!

2 Bebudak Komen:

KedaiSeni dibawakan oleh AkuBudakSeni merupakan sebuah platform untuk menghubungkan antara pengkarya dengan pengikut dan pelanggan.

www.akubudakseni.com/kedaiseni

owhhh baru tahu ada pelukis katun ni.sorry sb jarang baca komik