Ok aku taknak merapu, sekarang rujuk tajuk balik aku nak tulis review mengenai komik Brader ni, nama brader ni Topek, biasanya kalau nama Topek ni arabic dia mestilah taufiq hehehe
Aku ada join contest brader ni, dia kata kalau join contest tu dapat la magazine free, jadi aku pun dapatla kan. Sebab kipas punya kipas, secara peribadi aku tak pernah jumpa dia live pun sebab aku bukanlah pejalan atau hunter yang menghuntui kartunis dengan aksi menyembah atau paranoid fans.
Berikut adalah beberapa point review aku atas karya beliau:-
RAJIN
Point yang pertama ni aku bagi beliau 5/5 bintang, ekspressi aku mula buka komik dia adalah "bapak rajin brader ni!" sebab apa aku kata rajin? pertama dia buat full kartun tu lukis sendiri dari A-Z, kedua kemas, ketiga effect blambak, ke empat, karya dia realisme ala-ala manusia bukan kekartunan sangat, ke lima, korang tengok sendiri gambar kat bawah, tekan gambar untuk ke FB dia.KEMAS
Komik Topek sangat kemas, proses peletakkan panel, penyusunan karekter, latar belakang dan effect memang menarik dan kemas. Aku rasa bilik dia mesti sangat kemas berbanding bilik aku. Dia punya lukisan aku rasa kalau letak kat web komik percuma jepun, tukar bahasa orang putih kompom tersiar punya sebab kemas dan sangatlah kemas (dah brapa kali aku tulis kemas?)SERIUS
Komik brader Topek ni sangat serius dari segi effect movement dan effect darah, debu angin, air dan lain-lain kalau korang sekadar tengok gambar je pun korang dah rasa komik ni serius berbaur jahat, kejam, dark lagi bukan untuk adik-adik atau pun orang yang syndrome down. Boleh menyebabkan mimpi ngeri kot dia punya effect.KELAKAR
Dont jugde comic by its drawing, walaupun point di atas aku kata serius dan menakutkan tapi sebenarnya brader ni dan komik dia mempunyai nilai humor yang terbaik gak. Aku tak tau kenapa nama engineer tu jenama kasut.. kenapa bukan jenama air gas atau jenama laptop? maybe dia peminat kasut. Korang patut beli woi, serius kelakar.. Aku gelak.. ko ingat senang ke nak buat aku gelak.. serius.. aku manusia yang serius sebab aku peminat muzik sarkas.BERBAKAT
Topek sangat berbakat, aku tak mampu lukis macam dia, orang lidi aku mampu la lukis. Dia mempunyai bakat yang orang lain ada bakat pun boleh kalah.. iaitu point yang pertama RAJIN. Senang cerita brader ni rajin lah! Aku kata RAJIN!!! (Sambil cekik leher korang dan goncang goncang bagi memahamkan korang)CADANGAN
Aku takde cadangan untuk ko Topek tapi aku mencadangkan untuk korang beli komik ni. BELI! Woi!!! beli la! ok.. aku rasa teknik jualan kasar macam ni takkan menyebabkan orang beli..Please beli 1 jilid dan rasai pengalaman membaca aku engineer karya Topek, mungkin anda mempunyai jiwa yang sesuai untuk komik ni.
Sebarang pembelian boleh di lakukan disini
SUPPORT INDUSTRI INDIE DAN KOMIK MALAYSIA!
0 Bebudak Komen:
Post a Comment