ARTIST PSYCHOLOGY (PART 1)




APA DALAM FIKIRAN MEREKA?

reality sebenar dalam sosialisasi , terdapat kelompok dan jenis golongan orang sama ada golongan yang hanya berfikiran logikal dan berimaginasi.


fokus penulisan kali ini adalah daripada golongan ARTISTIK(golongan yang menggunakan minda mereka untuk mencipta sesuatu yang indah) seperti mana sebelum ini telah terdapat nota yang disertakan kedalam web ini yang bertajuk DEFINISI SENI


ringkasan :-
MAKSUD SENI

MENGIKUT KAMUS PELAJAR BAHASA MALAYSIA
"seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah".

MENGIKUT ENSIKLOPEDIA MALAYSIANA
" seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".

MENGIKUT IBNU KHALDUN

"seni itu adalah kebenaran, keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika.
 
DALAM KEHIDUPAN SEBENAR
 
terdapat segolongan manusia yang mempunyai fikiran yang menfokuskan terhadap kecantikan , metafora , pendapat dan bebas mengeluarkan idea dan suka mencipta. Itulah seniman.
 
Apabila di tanya soalan 'siapa artist?' kepada masyarakat mereka sering dikaitkan dengan 'seseorang yang suka menyendiri' , tetapi sebenarnya itu merupakan satu persepsi yang salah di beri pada masyarakat.
 
sekiranya kita melihat pada zaman persekolahan, kita lihat kanak-kanak yang mempunyai bakat tidak dikategorikan sebagai 'bijak' dan diletakkan di kelas tercorot atau lebih tepat terbodoh. Manakala kepada pelajar yang mempunyai minda yang logikal diberi kelas-kelas terbaik.
 
maka wujudlah satu budaya tidak sihat dimana fikiran masyarakat telah dibasuh dengan penyataan 'yelah, kau pandai , kau budak Sains~'
 
Ibubapa pula meletakkan harapan supaya anak mereka menjadi seorang saintis , doktor dan lawyer meyebabkan anak- anak yang mempunyai fikiran artistik menjadi tertekan dan mengubah mereka menjadi 'lawyer buruk'.
 
Dan sikap lawyer buruk itu merupakan sikap creative yang memang sedia ada dalam diri ARTIS dan jarang sesekali ia mampu mengubahnya melainkan dalam keadaan terpaksa atau dihimpit dengan masalah persekitaran. Saya akan membongkar sedikit demi sedikit sikap Seniman selepas ini. Insyaallah.
 
FIKIRAN SENIMAN(ARTIST MIND)

Gaya pemikiran seorang seniman adalah sangat berbeza, mereka meletak sesuatu perkara dalam keadaan yang berbeza. Dan dalam keadaan itu juga wujud persepsi masyarakat bahawa 'seniman merupakan munafik'(kerana meletakkan sesuatu bukan pada asalnya a.k.a Zalim). Seniman bukan penipu atau zalim terhadap sesuatu perkara, cuma mereka golongan yang berfikir dan suka mencuba sesuatu yang belum penah orang mahu mencuba.
 
Dari situ anda sudah tahu siapa yang bijak dan siapa yang tidak. Orang bijak akan membuat sesuatu dan bukan menggunakan sesuatu yang dah ada.
 
dan disitu juga gelaran DESIGNER  telah diberikan kepada seniman. Ramai tokoh terkenal yang di anggap genius seperti Ronaldo Da Vinci , Salvador Dali , Raphael dan ramai lagi.
 


CONTOH SITUASI

Okey, mari kita melihat hal seperti ini. Jika anda diberi epal di mana anda akan melihat dan memahami bahawa benda itu adalah makanan, dan kebanyakan akan membuang sisa-sisa. Namun seniman, akan melihat bahawa epal sesuatu yang berbeza dan ingin menerokai apa yang boleh dibuat dengan object atau subject matter itu. Mereka terdorong melakukan sesuatu ujikaji.


Dan dari keadaan itu PENGALAMAN menjadi faktor penting dalam mencapai matlamat ujikaji atau LUAHAN terhadap buah fikiran mereka. contohnya


jika seorang kanak-kanak mungkin buah epal tersebut akan dilukis bersama seekor ulat yang gemuk selepas makan. (buruk)
jika seorang seniman tua akan melukis epal dalam bentuk figura atau badan manusia.(cantik dan dengan element dan principle of art)


Proses yang sebenarnya di balik ini adalah otak pemicu. Sebagai contoh, jika anda mencium sesuatu yang kamu tidak mencium sejak kau masih kecil itu akan mencetuskan kenagan dalam otak anda dan anda akan baik mengingati dari mana asalnya bau itu atau akan menjadi kenangan samar-samar.

Seorang seniman akan memiliki masa lalu yang sangat unik. Mendengarkan jenis muzik tertentu sebagai seorang anak , melihat hal-hal yang khusus pada awal kehidupan, atau bahkan hal-hal yang pelik seperti menyayangi patung , gitar dan barangan seni. Ada kemungkinan-kemungkinan tak terbatas yang dapat membentuk ciri-ciri seorang seniman kerana tidak setiap seniman sama kebolehannya.


Anda telah pelukis, anda mempunyai pengukir , fotographer , dan pelbagai "digital artist" , dan mungkin belum ada kelebihan dalam mana-mana pun tetapi 'ada lah sesuatu yang orang tak ada'. Hanya Bayangkanlah berapa banyak ciri  ini diperoleh oleh lelaki dan perempuan biasa?

ANDA LUAR BIASA!!
(besambung..penat tulissss...)

2 Bebudak Komen:

Cikgu... saya mencadangkan AKUBUDAKSENI mempunyai link dgn illustratorworld.com

Azah said...

i love this