Info : Portfolio dan Kreatif Promosi



Hello artis! Ape khabar semua? Alhamdulillah post terakhir haritu lebihla dari target walaupun belum sampai 1 juta belia suka hahaha. Ok topik kali ni adalah isu penting dalam industri kreatif.

PORTFOLIO DAN KREATIF PROMOSI

Apakah itu? cewah nak ayat skema apakah? mengapakah? 2 isi topik ni adalah penentu kejayaan seorang artis di dunia sebenar. Bukan dunia pelajar okai. Dunia artis official. Tu pun kalau berminat jadi artis Hahahaha. Jadi Mari kita kupas sikit demi sikit pasal perkara ni yang biasanya diambil leweh oleh artis Malaysia.



Portfolio menurut terjemahan Answer.com, Begasi mudah alih yang mempunyai bahan, seperti kertas, gambar, atau lukisan menjadi wakil kerja bagi seseorang antara jenisnya adalah portfolio jurugambar, portfolio artis lukisan. (answers.com)

Maka jelaslah portfolio ni bukanlah benda file kertas yang masa zaman sekolah rendah kita tu yang kita dok selit dengan kertas-kertas kerja KEMAHIRAN HIDUP tapi lebih kurang sama gak sistem dia iaitu penyimpanan hasil kerja.

Bagi aspek seni kreatif, kebanyakan kerja kita melibatkan penglihatan secara terus a.k.a direct communication. Apa yang orang nampak itulah yang orang nampak, tak kisahlah apa yang diorang bayang. Cuba korang cakap korang artis tapi tak pernah keluar TV, Radio atau seanteronya tapi korang memang artis. Dunia sekarang nak bukti. Jadi, masa temuduga Portfolio itu menjadi bukti untuk korang mengesahkan diri korang itu sebagai artis.

Soalan: Camne bentuk Portfolio tu?? adakah best kalau guna MicrosoftWord ke???
iklan
Jawapan: Sebenarnya dalam Industri seni ni kita special sikit...kita tak ada format tertentu atau ke skemaan yang tertentu. Lebih pada presentation kita pada client lagi cepat dan mudah client dapat tangkap motif anda/design/art anda lebih mudahlah anda diterima. Kat sini saya kepilkan gambar beberapa portfolio OMGgempak (sila dapatkan dipasaran sekarang edaran KRU record p/s: sekadar Iklan)



hajimehimeno.com
stepinsidedesign.com
Sudah Nampak Ideanya??? Jadi ada beberapa benda penting yang perlu anda tekankan kat portfolio anda
  1. Kemas
  2. Menunjukkan siapa diri anda
  3. Ada Logo/nama/identiti anda
  4. takda karya buruk dan busuk didalamnya
  5. ada caption atau penerangan
tu antara yang penting...kalau leh tambah lagi tapi jangan sampai terlalu serabut. Kalau aku jadi orang yang inteview kau, aku reject benda serabut ni..hahahaha

Oh 1 lagi, portfolio tak terhad, korang boleh jugak buat website/blog yang ada kerja2 korang kat dalam tu. Ini sangat berkesan untuk korang yang ada target untuk customer luar negara dan jugak dia macam penyelamat sekiranya korang tertinggal portfolio korang kat mana2.

KREATIF PROMOSI sekarang kita ke pengisian yang kedua. Ini melibatkan sedikit modal dan menjadi bahan promosi korang atau lebih mudah komunikasi secara kekal didalam poket hahahaha. Kita tak tau bilamasa orang akan memerlukan anda jadi benda ni adalaha

  1. Business card
  2. flyer
  3. poster
dan adalah yang lain-lain macam banner, sticker dan macam-macam lagi tapi cukuplah contoh yang kecik iaitu
BUSINESS CARD. Kepada yang masih tak nampak...Business card memainkan peranan paling penting dalam industri korang. Inilah senjata atau wabak penyakit hasil dari diri anda.

Kebanyakan syarikat berjaya berjaya menyebarkan penyakit melalui card diorang. Bukanlah dengan menabur benih-benih influanza H1N1 tapi menyebarkan Idea dan satu trademark anda sendiri. Contoh yang best macam akubudakseni hahahaha budget je... So ada 2 jenis card yang terbaik.

1. Design/artwork di card tu memang cantik



2. Ada texture atau interaktif
designshoot.com
Jadi kesimpulan ringkas untuk Business card adalah, supaya bila orang memerlukan anda. Anda ada bersamanya. Maka.....Korang dapatlah job tu... Sebarkan card anda sebanyak2 yang boleh!!!
-spikey-

0 Bebudak Komen: