Showing posts with label KNOWLEDGE. Show all posts

Info : Portfolio dan Kreatif Promosi



Hello artis! Ape khabar semua? Alhamdulillah post terakhir haritu lebihla dari target walaupun belum sampai 1 juta belia suka hahaha. Ok topik kali ni adalah isu penting dalam industri kreatif.

PORTFOLIO DAN KREATIF PROMOSI

Apakah itu? cewah nak ayat skema apakah? mengapakah? 2 isi topik ni adalah penentu kejayaan seorang artis di dunia sebenar. Bukan dunia pelajar okai. Dunia artis official. Tu pun kalau berminat jadi artis Hahahaha. Jadi Mari kita kupas sikit demi sikit pasal perkara ni yang biasanya diambil leweh oleh artis Malaysia.

SENI DALAM ISLAM

http://myibrah.files.wordpress.com/2012/11/kaligrafi-belajar.jpg


TAJUK BUKU : SENI DALAM ISLAM

HJ ABDUL GHANI SAMSUDIN

ISHAK HJ SULAIMAN

ENGKU IBRAHIM ISMAIL

INTERL MULTIMEDIA AND PUBLICATION 2001

BAB 1 : SENI DALAM ISLAM

1.1- KONSEP SENI

Dari segi makna literal, seni ialah halus, indah atau permai. Dari segi istilah, seni ialah segala yang halus dan indah lagi menyenangkan hati serta perasaan manusia. Dalam pengertian yang lebih padu, ia membawa nilai halus, indah, baik dan suci : berguna dan bermanfaat serta mempunyai fungsi dan nilai sosial.

Selain itu, keindahan adalah sesuatu yang wujud di luar diri manusia yang menikmati keindahan itu. Ia dapat dirasa, ditanggapi dan dihayati. Allah adalah sumber daya dan sumber pemikiran manusia manakala imaginasi dan keupayaan mencipta yang ada pada manusia adalah percikan dari daya kreatif Allah. Oleh itu, seni boleh dibahagikan kepada 2 :

a) Seni ciptaan Allah

b) Seni ciptaan manusia

Dengan memperakukan bahawa seni juga termasuk apa yang dicipta oleh Allah , ia tidak bermakna kita mencampuradukkan seni ciptaan manusia dengan seni ciptaan Allah.

1.2- SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SENI


Kesenian Islam adalah kesinambungan daripada kesenian pada zaman silam yang telah berkembang dan dicorakkan oleh konsep tauhid yang tinggi kepada Allah S.W.T. Kesenian Islam memiliki khazanah sejarahnya yang tersendiri dan unik. Kesenian Islam dikatakan telah berkembang sejak zaman Nabi Daud A.S dan puteranya Nabi Sulaiman A.S dan terus berkembang di zaman Nabi Muhammad S.A.W dan di zaman selepas kewafatan Baginda sehingga kini. Kesenian Islam terus berkembang di dalam bentuk dan falsafahnya yang berorientasikan sumber Islam yang menitikberatkan kesejajaran dengan tuntutan tauhid dan syara’.

BAB 2 : CIRI-CIRI KESENIAN ISLAM


Seni dijadikan sebagai alat menyebarkan agama dan memperkukuhkan amal kebajikan dan kebaikan dikalangan ummah. Hasil seni boleh menjadi faktor pendorong yang intensif bagi mengingati dan memuji Allah. Daya seni yang dikurniakan oleh Allah adalah bertujuan untuk menimbulkan keikhlasan dan kesedaran dalam diri manusia. Dengan bakat seni yang ada, para seniman muslim ternyata mampu menggunapakai pelbagai teknik, bentuk seni yang terbuka di tempat yang berlainan ke dalam daerah seni dan budaya Islam.

Kesenian Islam menyahut seruan sebilangan keperluan asas masyarakatnya. Ia juga mengukuhkan persiapan individu untuk mematuhi ajaran Allah selaras dengan tujuan asas penciptaan mereka. Pernyataan seni ibarat kaedah di antara zat spiritual dan rangka material.

Oleh itu, menjadi tanggungjawab para seniman untuk menterjemahkan idea Islam ke dalam bahasa seni. Menurut perspektif Islam, daya kreatif seni adalah dorongan atau desakan yang diberikan oleh Allah yang perlu digunakan sebagai bantuan untuk memeriahkan kebesaran Allah. Selain itu, seni juga menunjukkan seni kesatuan atau kesepaduan. Ia bermatlamat meletakkan mohor kesatuan Ilahi kepada kesetiaan perihal dan aktiviti manusia. Kesenian Islam malah semua kesenian tradisional memang sentiasa berorientasikan kepada ‘kegunaan’ : samada untuk spiritual seperti mihrat yang dihias dengan sinar larikan, seni dan ayat al-Quran mahupun pindahan ke atas objek kegunaan harian.

Kesenian Islam tidak berkisar di sekitar manusia individu, ia mempunyai orientasi sosial dan

berpaksikan kepada keperluan bersama manusia.

2.1- SIKAP ISLAM TERHADAP SENI

Pada dasarnya, sesuatu yang indah itu disukai oleh Allah kerana Dia zat yang Maha Indah dan

menyukai yang indah. Islam mempunyai kriterianya yang tersendiri untuk dijadikan pengukur

pedoman bagi menentukan halal atau haramnya sesuatu karya seni itu. Kriteria pertama ialah

seni atau karya seni itu mestilah baik iaitu yang mempunyai cirri-cirinya yang khusus. Antaranya

ialah tidak merosakkan budi pekerti yang mulia serta tidak melalaikan orang dari beribadat dan

mengingati Allah. Kriteria penolakan pula ialah seni atau karya seni tersebut buruk iaitu boleh

merosakkan moral, melalaikan diri daripada beribadat kepada Allah dan sekaligus melupakanNya.

2.1- JENIS-JENIS SENI

a) Seni suara

b) Seni rupa

c) Seni pakaian

d) Seni sastera

BAB 3 : SENI SUARA

Menurut pandangan Islam, seni suara dibahagikan kepada 2 kriteria iaitu seni suara yang baik

dan seni suara yang buruk. Seni suara yang baik merangkumi bacaan al-Quran dengan suara

yang merdu, syahdu dan lunak, melagukan azan, menyanyikan lagu-lagu jihad, berzikir,

mendendangkan nyanyian hari-hari raya, menyanyikan selamat jalan dan selamat kembali

kepada para jemaah haji, berzanji dan lain-lain. Seni suara yang buruk pula merangkumi

nyanyian-nyanyian yang sering menimbulkan nafsu berahi, lagu-lagu joget dan tarian yang

bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram, lagu-lagu yang boleh merosakkan

budi pekerti muda mudi serta melalaikan mereka dari beribadat kepada Allah.

3.1- BACAAN AL-QURAN

Al-Quran adalah kalam Allah dan kitab suci umat Islam. Ia bukan sahaja mempunyai nilai sastera

yang amat indah dan tinggi tetapi juga mempunyai seni bacaan yang unik. Oleh itu, membaca al-

Quran diberikan prioriti yang pertama dan utama dalam Islam. Kita dituntut oleh syariat Islam

supaya membaca al-Quran mengikut tajwidnya yang betul dan dengan suara yang baik bukan

dengan cara berlagu sebagaimana lagu-lagu qasidah. Ini kerana ia boleh merosak dan mungkin

akan menambah atau mengurangkan huruf-huruf al-Quran dan dianggap suatu bida’ah pula.

Menurut Ibn Hajar al-Haithami dalam kitabnya, Kaff al-Ri’a’ al Muharramat al-Sama’, kesengajaan

membaca al-Quran secara berlagu dengan menambahkan huruf atau menguranginya untuk

memperelokkan dan memperhiaskannya adalah fasiq.

Bahkan menurut fatwa Imam al-Nawawi mengenai golongan yang membaca al-Quran dengan

berlagu yang buruk serta banyak perubahannya, maka hukumnya adalah haram menurut ijmak

para ulama’. Pemerintah wajib mengancam dan meminta mereka bertaubat, malah setiap orang

yang mukallaf hendaklah mengingkarinya seupaya yang mungkin.

3.2- NYANYIAN DAN SENI MUZIK

Nyanyian dan muzik boleh mengubah sikap ke arah pencapaian peradaban yang bererti di

samping mempunyai kekuasaan tersendiri hingga boleh menukar emosi menjadi terharu, sedih,

pilu, menangis bahkan gila. Ini menunjukkan bahawa nyanyian dan muzik sangat rapat

hubungannya dengan jiwa manusia. Oleh itu, ia perlu dikawal dan diberi perhatian supaya tidak

merosakkan jiwa dan moral manusia.

Islam dari segi falsafahnya menyatakan nyanyian dan muzik haruslah bertujuan kea rah

pembentukan peribadi dan sebagai tali penghubung ke arah taqwa kepada Allah. Islam tidak

mengizinkan nyanyian dan muzik yang melalaikan manusia dari kewajiban terhadap Allah. Seni

yang merosakkan adalah seni sesat yang hukumnya haram dan patut dijauhi.

3.3- PANDANGAN ULAMA’ DAN FATWA BERHUBUNG SENI MUZIK

a) Pandangan Imam al-Ghazali

- tidak terdapat keterangan yang jelas dari sunnah Rasulullah yang

melarang penggunaan alat-alat muzik

- sebahagian instrumen muzik yang mempunyai bunyi yang baik tidak

dilarang

- seni muzik yang dilarang ialah seni muzik yang berada di dalam

keadaan yang bersekongkol dengan kumpulan pemabuk, perzinaan

dan perbuatan dosa yang lain

- mendengar lagu itu ada 5 hukum iaitu harus, sunat, wajib, makruh dan

haram

- Imam al-Ghazali mengklasifikasikan lagu-lagu kepada 7 jenis iaitu :

• Lagu-lagu yang membangkitkan kerinduan untuk menziarahi

tempat-tempat suci seperti Mekah dan Madinah

• Lagu yang mengobarkan semangat untuk berjuang

mempertahankan aqidah dan negara

• Lagu yang memperihalkan pertarungan dan sikap kelelakian

yang pantang mengalah di saat-saat genting

• Lagu yang mengenang peristiwa lampau yang menimbulkan

kesedihan yang positif. Mengingatkan diri terhadap hakikat hidup

yang sebenar.

• Lagu yang menyifatkan keadaan ketika rela dan sukacita untuk

menghargai suasana tersebut dan menikmati kenangannya

selama yang mungkin

• Lagu bercorak ghazal yang sopan : memperihalkan kisah cinta

dan membayangkan harapan untuk bertemu dan pertautan yang

lebih erat di masa yang akan dating

• Lagu yang memperihalkan keagungan sifat-sifat tuhan, memuji

serta mentahmidkan kebesarannya

b) Pandangan Imam Shafi’i

- Menyatakan bahawa nyanyian itu adalah makruh dan melalaikan di

dalam kitabnya, Adab al-Qada’

- Ia menyamai kebatilan dan sesiapa yang mendengarnya maka dia

adalah seorang safih dan penyaksiannya ditolak

- Mendengar nyanyian dari wanita yang bukan mahram tidaklah harus

dalam apa jua keadaan samada di tempat terdedah atau di tempat

tertutup, samada wanita yang merdeka atau hamba

- Jika tuan kepada hamba abdi wanita mengumpulkan orang ramai agar

mendengar nyanyian abdinya itu, maka dia juga seorang safih dan

penyaksiannya ditolak

- Memakruhkan penggunaan seruling kerana menurutnya itu adalah

perbuatan kaum Zindik untuk memesongkan orang dari mendengar al-

Quran

c) Pandangan Imam Malik

- Melarang mendengar nyanyian

- Menyatakan bahawa barangsiapa ingin membeli seorang abdi wanita

dan diketahuinya wanita tersebut seorang penyanyi, maka janganlah

dibeli wanita tersebut

d) Pandangan Ibn Taimiyyah

- Membezakan antara mendengar nyanyian dan muzik yang bermanfaat

pada agama dan antara apa yang diberi pengecualian untuk

mengelakkan dosa, dan antara pendengaran muqarrabin dan

pendengaran orang-orang biasa

- Diharuskan mereka mendengar apa yang disyariatkan kepada para

hamba Allah iaitu mendengar ayat-ayat Allah : dapat membaiki hati

dan menyucikan jiwa

e) Pandangan Dr.Yusuf al-Qaradawi

- Membuktikan mengenai hukum seni muzik yang pada asalnya bersifat

harus tetapi boleh berubah kepada hukum-hukum lain berdasarkan

beberapa syarat iaitu :

• Bukan semua lagu itu harus. Isi kandungannya hendaklah

bertepatan dengan kesopanan Islam serta ajarannya. Nyanyiannyanyian

yang menyanjung pemerintah yang zalim, taghut dan fasiq adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana Islam

melaknat para pelaku kezaliman dan para pengampunya.

• Cara persembahannya juga mesti diambilkira. Kadangkala tajuk

lagunya tidak menjadi masalah tetapi cara penyampaian

penyanyinya itu yang boleh menyebabkan hukumnya haram,

syubhah atau makruh. Ini termasuklah cara nyanyian yang

memberangsangkan ghairah seks para pendengar melalui tematema

cinta berahi.

• Hendaklah nyanyian itu tidak diiringi dengan perkara yang haram

seperti meminum arak, mendedahkan aurat atau bercampur

diantara lelaki dan perempuan tanpa batas dan had.

• Seperti perkara-perkara harus yang lain, nyanyian hendaklah

tidak dilebih-lebihkan terutama nyanyian yang menyentuh

perasaan dan kerinduan yang berlebihan. Sekiranya unsur-unsur

yang berlebihan ini tidak dikawal, ianya akan mengabaikan hak

akal, rohani dan kehendak seseorang, masyarakat dan agama.

• Sekiranya terdapat unsure nyanyian yang menaikkan nafsu

syahwat, mendorong ke arah kejahatan, menjadi lalai dan leka

untuk mengerjakan ibadah maka menjadi kewajipan ke atas

pendengar untuk menjauhinya, menutup pintu fitnah tersebut

demi memelihara dirinya dan agama.

f) Fatwa Sheikh Mahmud Shaltut

- Mendengar dan bermain alat muzik adalah sama hukumnya dengan

merasa makanan yang lazat, menghidu bau yang harum, melihat

pemandangan yang cantik atau mencapai pengetahuan yang tidak

diketahui. Semuanya memberi kesan untuk menenangkan fikiran

apabila jasmani penat dan memberi kesan dalam memulihkan semula

tenaga.

- Al-Quran yang mendasari segala peraturan dan perundangan yang

begitu sempurna adalah bertujuan untuk menjaga supaya tidak berlaku

keterlaluan di pihak yang tidak menggunakan muzik dan pihak yang

menggunakan muzik secara berlebihan. Apatah lagi Islam menuntut

kepada kesederhanaan.

- Fuqaha’ terdahulu telah membenarkan penggunaan seni muzik

apabila mempunyai tujuan yang sesuai seperti muzik iringan ke medan

perang, haji, perkahwinan dan hari kebesaran Islam. Mengikut fuqaha’

Hanafi, muzik yang dilarang ialah sekiranya bercampur dengan majlis yang terdapat arak, penyanyi perempuan yang mengghairahkan,

unsur-unsur fasiq, perzinaan dan berhala.

- Beliau memberi amaran kepada sesiapa yang berani melarang

sesuatu perkara yang tidak jelas dilarang oleh Allah.

3.1- TARI MENARI

Islam tidak dapat menerima apa yang dikenali kini sebagai budaya rock. Bahkan semua

perbuatan yang membawa kepada keghairahan syahwat seperti nyanyian-nyanyian lucah dan

drama-drama liar meskipun ianya dianggap sebagai seni dan dikatakan kemajuan. Ini kerana,

nilai dan kemajuan dalam Islam berbeza dengan Barat yang tidak mengambil kira agama sebagai

panduan atau kayu pengukurnya.

Islam mengharamkan sebarang interaksi bebas insan yang berlainan jantina tanpa perkahwinan

yang sah. Demikian juga sebarang perbuatan atau kegiatan yang membawa kepada yang

diharamkan seperti perbuatan zina di mana Islam tidak saja melarang dengan sebutan “jangan

berzina” tetapi semua yang membangkitkan syahwat dan keghairahan nafsu.

BAB 4 : SENI RUPA

Secara umumnya para ulama’ membahagikan seni rupa kepada 2 iaitu:

a) Seni rupa yang mempunyai imej ataupun bentuk dan hasilnya dinamakan patung

b) Seni rupa yang tidak mempunyai imej mahupun bentuk dan hasilnya dinamakan gambar

atau lukisan

4.1- SENI UKIR

• Seni ukir Islam mempunyai nilai yang tinggi baik dalam susunan komposisi cara

pengisian bidang yang dihias ataupun dalam cara mensejajarkan motif-motif

ukirannya

• Pembahagian bidang diatur berdasarkan geometri, motif-motif tabi’i seperti daun,

akar, bunga dan sebagainya

• Dalam seni ukir Islam wujud paduan yang harmoni antara rasa dan akal

• Ia juga dikenali sebagai seni pahat yang merangkumi apa-apa sahaja yang diukir

atau yang dipahat

4.2- PATUNG

• Islam mengharamkan patung di dalam rumah yang dijadikan perhiasan dan

sebagainya kerana malaikat rahmat akan menjauhi rumah tersebut • Jika si pembuat patung tersebut mengetahui bahawa patung itu akan disembah

maka dia adalah seorang kafir

• Jika si pembuat patung itu tidak sengaja dan tidak mengetahui bahawa patung

itu akan disembah, maka dia berdosa sahaja dengan perbuatannya itu

• Terdapat hadith yang menyatakan bahawa si pembuat patung akan dipaksa

memberi nyawa kepada patungnya. Dia akan diseksa selama mana ia tidak

dapat memberikan nyawanya kepada patung tersebut.

4.3- PATUNG CACAT

• Segolongan ulama’ berpendapat bahawa Islam tidak mengharamkan patung

yang tidak sempurna atau yang cacat kerana ia tidak dapat disembah kerana

tidak lengkap anggotanya

• Bahkan membuat patung cacat, hukumnya mubah

• Tetapi, patung separuh badan yang dibina bagi mengagungkan pemimpinpemimpin

tertentu, pengharamannya lebih tegas daripada patung kecil yang

lengkap anggotanya yang hanya sekadar menjadi hiasan rumah

4.4- PATUNG PERMAINAN KANAK-KANAK

• Tidak terdapat larangan khusus mengenainya dalam Islam kerana ia sekadar

lukisan atau ukiran untuk hiburan kanak-kanak bukan bermaksud untuk

disembah

• Menurut Imam al-Syawkani, anak-anak kecil boleh bermain dengan boneka

(patung)

• Tetapi Imam Malik melarang lelaki membelikan boneka kepada anak

perempuannya

• Qadi ‘Iyad pula membolehkan anak-anak kecil perempuan bermain-main dengan

boneka kerana rukhsah

4.5- LUKISAN

• Jika lukisan seni berbentuk sesuatu yang disembah melainkan Allah seperti

gambar Nabi Isa A.S atau al-Masih bagi orang-orang Kristian atau lembu bagi

orang-orang Hindu dan sebagainya, maka pelukisnya tidak lepas daripada azab

Allah

• Orang yang melukis sesuatu yang tidak dapat disembah tetapi dengan niat untuk

menandingi ciptaan Allah, pelukis itu bukan saja terkena ancaman sebagai orang

yang “paling berat seksaannya pada hari kiamat” malah dia juga terkeluar dari

agama Islam

4.6- FILEM (WAYANG GAMBAR)

• Filem Islam ialah filem yang menemukan kefahaman-kefahaman Islam dengan

Allah, alam semesta, kehidupan dan manusia sebagai pertemuan yang

menyeluruh dan sebahagiannya yang hanya terhad kepada sifat-sifat

keIslamannya

• Mengenai panggung wayang, Prof. Dr. Yusu al-Qaradawa menjelaskan

- Kadarnya harus munasabah dengan masyarakat yang menggalakkan

keprihatinan bukan masyarakat yang lalai dan leka

- Panggung wayang janganlah menjadi tempat mengobarkan syahwat,

merosak komitmen terhadap nilai-nilai unggul, menghakis akhlak belia

atau meracuni akal mereka dengan idea-idea asing yang bertentangan

dengan aqidah dan pegangan ummah

- Waktu-waktu tayangan hendaklah tidak bercanggah dengan waktu

sembahyang

- Panggung wayang tidak boleh menjadi tempat atau sarang untuk

muda mudi memadu kasih secara haram serta berleluasa menginjak

batasan syarak

- Janganlah panggung menjadi institusi yang membolot harta rakyat

kerana dimonopoli oleh sesetengah pihak dan mereka menjual tikettiket

dengan harga yang mahal tanpa ada pengawasan daripada pihak

bertanggungjawab

4.7- SENI KHAT

• Khat merupakan seni yang mengandungi keindahan estetika

• Merupakan kesenian yang paling asas di dalam Islam kerana ia merupakan

wadah kepada pengaliran ilmu

• Kaligrafi atau seni khat berasal daripada perkataan latin iaitu ‘kalios’ yang bererti

indah manakala ‘graph’ bermaksud garisan atau tulisan

• Ahli dalam seni khat dipanggil Khattat

• Seni khat bermula serentak dengan turunnya wahyu Ilahi kepada Rasulullah

kerana pada zaman jahiliah, orang-orang Arab berpegang kepada tradisi lisan

untuk menyimpan maklumat dan komunikasi mereka

• Ahli-ahli kaligrafi sangat dimuliakan : mereka diberi hadiah dan kedudukan yang

istimewa oleh para raja dan orang-orang besar di seluruh dunia Islam

• Karya-karya mereka memaparkan kewibawaan luarbiasa para seniman silam

malah menjadi sumbangan yang hidup kepada tamadun Islam yang melahirkan

mereka

4.8- SENI BINA

• Seni bina Islam telah berkembang seiring dengan seni ukir dan seni khat Islam

• Seni bina Islam mempunyai ciri-cirinya tersendiri dan bersifat unik : mengandungi

seni khat, bentuk arabesque, corak geometrid an motif seni reka

• Wujud pengaruh yang kuat daripada ayat-ayat al-Quran, hadith dan syair-syair

bahasa Arab

• Selepas kewafatan Rasulullah, seni bina terus berkembang terutama di zaman

Khulafa’ al-Rasyidin khususnya melalui pembinaan masjid yang dihias dengan

tulisan khat

• Di zaman Bani ‘Umayyah, istana-istana khalifah turut diukir dengan seni ukir

yang unik. Buktinya, istana ‘Amarah yang terletak di timur Laut Mati dan di

Masjid al-Haram tersergam indah dengan seni bina Islam dan ukiran yang

bercirikan Islam

• Di zaman kerajaan Islam di Sepanyol (Andalusia), unsur-unsur seni bina Islam

amat terserlah pada bangunan dan istana seperti yang terdapat pada Istana

Alhambra dan Masjid Cordova

• Di zaman kerajaan Islam ‘Abbasiyyah, seni bina Islam mencapai zaman

keemasan kerana ciri-ciri seni bina Islam mampu bersepadu dengan seni bina

Parsi yang tidak mempunyai unsur-unsur seni yang bertentangan dengan Islam

• Kerajaan Dawlah ‘Uthmaniyyah yang berpusat di Turki turut mencatatkan

kehebatan di dalam perkembangan seni bina Islam. Buktinya, pembinaan Masjid

Mihrimah, Sehzade, Suleymaniye dan Selimiye.

• Seni bina ini terhasil dengan kepakaran para arkitek Islam seperti Sinanuddin

Yusuf b. Abdullah, Khayruddi dan Ahmad Pasha

BAB 5 : SENI PAKAIAN

Pakaian merupakan kebudayaan manusia yang dibenarkan bahkan dituntut oleh agama Islam

agar manusia kelihatan sopan dan cantik : berbeza dengan haiwan yang tidak berakal.

Dalam Islam, seni pakaian dari sudut estatikanya diserahkan kepada kebijaksanaan umat Islam

sendiri menggubahnya untuk disesuaikan dengan adat, tradisi dan keadaan setempat. Islam

amat menitikberatkan soal kebersihan kerana melihatnya sebagai asas bagi setiap perhiasan

yang baik dan pemandangan yang elok dalam pakaian.

Pakaian yang diperbuat daripada bulu kambing, sutera, kulit binatang yang halal, pakaian dari

benang guni dan sebagainya adalah dihalalkan. Begitu juga dengan seni memperagakan

pakaian. Ia dihalalkan selagi tidak melanggar batas-batas hukum Islam.

Pakaian berfungsi sebagai usaha menutup aurat dan untuk menghias diri. Oleh itu, sesuatu

pakaian yang tidak dapat menutupi aurat meskipun dapat dijadikan perhiasan diri seperti kain

yang jarang adalah dianggap tidak menurut hukum Islam.

Pakaian yang dapat memelihara diri dari panas dan kesejukan serta dapat mempertahankan diri

dalam peperangan juga dihalalkan dalam Islam. Selain itu, terdapat hadith yang menganjurkan

agar kita berpakaian menutup aurat pada setiap masa. Lebih-lebih lagi sewaktu solat dan

mengerjakan haji agar dapat dibezakan atau dibanteras amalan orang-orang Arab jahiliah masa

lampau. Ini kerana, semasa ingin beribadat mereka membuka seluruh pakaian mereka.

Apa sahaja perhiasan yang didapati dari perut laut seperti mutiara, batu-batu berharga dan lainlain

boleh dijadikan pakaian dan perhiasan manusia terutamanya kaum wanita. Dalam hal warna

pakaian pula, tidaklah terlalu dititikberatkan oleh Islam. Namun begitu, adalah lebih baik jika

berwarna putih.

Pakaian yang diperbuat dari sutera dan perhiasan emas dihalalkan bagi kaum wanita

memakainya tetapi diharamkan bagi kaum lelaki. Haram bagi kaum lelaki untuk memakai atau

mengguna apa saja yang diperbuat daripada emas seperti gelang, rantai, bekas rokok, gigi emas

dan sebagainya. Tetapi tidak diharamkan mereka memakai atau mengguna apa sahaja yang

diperbuat daripada perak, logam, besi dan sebagainya.

BAB 6 : SENI SASTERA

Sastera ertinya bahasa, seni sastera ialah seni bahasa. Susastera bermaksud ‘Bahasa Yang

Indah’. Kesusasteraan pula bermaksud sejumlah tulisan yang menggunakan bahasa yang indah

bagi melahirkan perasaan yang indah. Sastera adalah salah satu cabang seni manakala seni itu

adalah suatu yang indah yang dapat dihubungkaitkan dengan keindahan mutlak Allah itu sendiri.

Kesusasteraan ialah satu bentuk tulisan yang dicipta oleh manusia dengan bantuan bahasa

dengan tujuan menikmati penerokaannya ke dalam pengalaman-pengalaman semasa hidup.

Bentuk utama sastera ialah sifat pengisahan yang terdapat di dalam pernyataannya. Ahli karya

sastera peka bertindak balas ke atas fakta-fakta penghidupan dan mempersembahkan kepada

pembaca hasil kesedaran instuitif.

Pada umumnya, segala karangan atau karya tulisan yang menggunakan bahasa yang indah

dapat dibahagikan kepada 2:

a) Prosa Nathr – karangan bebas yang tidak terikat dengan sebarang peraturan

b) Puisi Syi’r- karangan atau gubahan perkataan yang terikat dengan peraturan tertentu

seperti sajak, pantun, tamthil, ibarat dan sebagainya

Terdapat pengecualian bagi penyair yang rongganya penuh dengan syair-syair memuji Allah atau

RasulNya, demikian juga syair-syair yang memuatkan zikrullah dan ajaran-ajaran agama, maka

ianya tidaklah dilarang dan tidak dicela sebegitu keras.

Para sasterawan tidak dilarang sama sekali malah digalakkan agar mereka menghasilkan karya

yang mengandungi nasihat agama, semangat perjuangan untuk menegakkan kebenaran,

keadilan dan menghapuskan kemiskinan dalam masyarakat. Karya-karya mereka pada zaman

dahulu penuh dengan ilmu pengetahuan, menganjurkan kerjasama, persahabatan dan

perpaduan ummah serta mengandungi puji-pujian terhadap Allah, selawat ke atas nabi, pujian ke

atas para sahabat pilihan, para malaikat, kitab-kitab suci dan lain-lain.

Syair dan usaha syair tidak dilarang jika ianya digarap untuk tujuan meningkatkan semangat jihad,

memperbaharui tekad, menghibur juga menghilangkan penat lelah berkerja, menyeru

melaksanakan amar ma’ruf nahi mungkar, menyebut syurga neraka, menyelar perbuatan zina,

minum arak atau mengambil dadah, menimbulkan keraguan terhadap berhala dan

penyembahannya.

Bahkan Rasulullah sendiri mengucapkan syair sewaktu menggali parit dalam peristiwa perang

Ahzab. Menggarap syair yang baik dan mendengarnya adalah digalakkan dalam Islam. Dalam

Islam, menggunakan keupayaan kreatif samada melalui prosa atau puisi amat digalakkan

terutama untuk menentang musuh dan membela Islam, bahkan ia dianggap suatu jihad.

Termasuk dalam kategori ini juga ialah syair-syair yang memuatkan pujian kepada Nabi

Muhammad S.A.W seperti berzanji, contohnya seperti gubahan al-Bushayri yang diberi nama al-

Burdah :

Dia kekasih Pembawa syafa’at diharapkan

Dapat menghapuskan segala bahaya mendatang

Dia menyeru ke jalan Allah, barangsiapa yang mengikutnya

Bererti ia berpegang kepada tali yang teguh

Baginda mengatasi para anbiya’

Dalam kejadian dan akhlaknya

Ilmu dan kemurahan Baginda tiada bandingannya

Semangkuk laut setitik hujan

Para Rasul memerlukannya

Jika syair-syair yang memuji para Nabi dan Rasul digalakkan dalam Islam, apatah lagi syair-syair

yang memuji Allah S.W.T seperti yang digarap oleh penyair-penyair agung dunia di kalangan

pujangga-pujangga sufi dan sebagainya. Contohnya, munajat Ibn al-Farid, seorang penyair sufi

Mesir yang masyhur :

Kala malam

Ku lihat api di desa

Ku gembirakan keluargaku

Tunggulah? Agarku dapat hidayat

Semoga….

Ku hampiri api

Itulah api al-Mukallam

Sebelumku.

Hingga pabila waktuhampir sedikit-sedikit menghimpun sekujur tubuhku

Runtuhlah gunungku

Dari kebesaran al-Mutajalli

Muncul rahsia sembunyi

Bisa diketahui

Siapa seperti diri ini

Akulah faqir kesibukan

Simpatilah keadaan

Kelemahan ini!

BAB 7 : RUMUSAN

Kesenian Islam bertunjangkan tauhid, iaitu keEsaan Tuhan yang bertolak dari pengajaran al-

Quran dan as-Sunnah. Bacaan al-Quran yang liturgis telah menciptakan suatu cabang muzik

baru. Pemeliharaan naskahnya telah melahirkan tulisan atau khat Arab yang indah.

Pembinaan masjid-masjid sebagai tempat ibadah kaum Muslimin pula telah

mengembangkan seni bina dan seni hias. Di dalam menjaga keseimbangan antara keperluan

jasad dan jiwa, Islam telah menganjurkan sikap sederhana dalam semua perkara dan membawa kepada bakat-bakat alami di dalam jurusan-jurusan yang benar dan telah

mencuba untuk mengembangkan suatu keseluruhan yang harmonis dalam diri manusia.

Dalam sabda-sabda Nabi, terdapat teks-teks yang menegaskan keprihatinan Islam terhadap

pelbagai aspek seni. Misalnya, sabda Baginda “Allah itu indah dan sukakan keindahan” dan

“ Keindahan itu disuruh di dalam segala sesuatu, biarpun engkau membunuh seseorang,

maka bunuhlah dia dengan suatu cara yang baik”.

Di dalam kehidupan Nabi, kita dapati peristiwa berikut yang bersifat instruktif, di mana

Baginda pada suatu hari telah melihat sebahagian dari pusara yang tidak diratakan

sepenuhnya. Baginda telah memerintahkan kekurangan itu ditimbun sampai rata, sambil

menambah bahawa ia tidak akan menjejaskan orang yang mati tetapi ia lebih menyenangkan

mata orang yang hidup.

Sementara itu, mimbar di dalam masjid yang digunakan oleh Rasulullah telah dihiasi dengan

2 bola seperti buah delima dan 2 orang cucu Baginda amat suka bermain-main dengannya.

Ini dapat dikatakan sebagai permulaan seni ukir dalam Islam. Kemudian naskah-naskah al-

Quran telah dihiasi dengan pelbagai corak warna. Apabila al-Quran diberi perhatian supaya

lebih cantik dan dapat disimpan lebih lama maka lahirlah pula seni hias dan seni menjilid

buku.

Kaligrafi atau tulisan khat sebagai suatu kesenian adalah suatu keistimewaan orang Islam. Ia

merupakan kesenian yang mendapat kehormatan yang tertinggi, khasnya tulisan Arab untuk

menulis segala firman Allah dan sabda Rasulnya. Dengan kepelbagaian jenisnya, khat Arab

telah dipergunakan dengan begitu meluas di dalam dunia Islam.

Berhubung dengan muzik dan nyanyian di bawah naungan Raja-raja atau Khalifah-khalifah

Islam pula, maka ia telah sampai ke kemuncak perkembangannya yang gemilang. Sarjanasarjana

Islam yang terkenal seperti al-Farabi, Ibn Sina dan lain-lain telah meninggalakan

bukan sahaja karya-karya monumental tetapi juga telah membuat penambahan dan

peningkatan yang berharga terhadap muzik-muzik Greek dan India. Mereka telah mencipta

kod-kod muzik di samping dapat menentukan jenis-jenis alat muzik yang berbeza.

Ringkasnya, dalam lapangan kesenian orang Muslimin telah memberi sumbangan yang

berharga sekali. Mereka mengikis sifat-sifatnya yang merugikan, mengembangkan aspekaspek

estetiknya dan menemukan sesuatu yang baru yang berfaedah untuk dunia.

DEFINATION OF THEME BOARD AND CONCEPT BOARD

this board just similar to Mood Board ,but more specific and detail about design and product......

ARTIST PSYCHOLOGY (PART 1)




APA DALAM FIKIRAN MEREKA?

reality sebenar dalam sosialisasi , terdapat kelompok dan jenis golongan orang sama ada golongan yang hanya berfikiran logikal dan berimaginasi.


fokus penulisan kali ini adalah daripada golongan ARTISTIK(golongan yang menggunakan minda mereka untuk mencipta sesuatu yang indah) seperti mana sebelum ini telah terdapat nota yang disertakan kedalam web ini yang bertajuk DEFINISI SENI


ringkasan :-
MAKSUD SENI

MENGIKUT KAMUS PELAJAR BAHASA MALAYSIA
"seni bermaksud kecil sekali, halus, molek atau elok, kecekapan atau kepandaian membuat sesuatu yang indah".

MENGIKUT ENSIKLOPEDIA MALAYSIANA
" seni ialah sesuatu yang indah pada pandangan pancaindera manusia sama ada melalui penglihatan atau pendengaran".

MENGIKUT IBNU KHALDUN

"seni itu adalah kebenaran, keindahan, dan kebaikan di mana di dalamnya terkandung ciri-ciri estetika dan logika.
 
DALAM KEHIDUPAN SEBENAR
 
terdapat segolongan manusia yang mempunyai fikiran yang menfokuskan terhadap kecantikan , metafora , pendapat dan bebas mengeluarkan idea dan suka mencipta. Itulah seniman.
 
Apabila di tanya soalan 'siapa artist?' kepada masyarakat mereka sering dikaitkan dengan 'seseorang yang suka menyendiri' , tetapi sebenarnya itu merupakan satu persepsi yang salah di beri pada masyarakat.
 
sekiranya kita melihat pada zaman persekolahan, kita lihat kanak-kanak yang mempunyai bakat tidak dikategorikan sebagai 'bijak' dan diletakkan di kelas tercorot atau lebih tepat terbodoh. Manakala kepada pelajar yang mempunyai minda yang logikal diberi kelas-kelas terbaik.
 
maka wujudlah satu budaya tidak sihat dimana fikiran masyarakat telah dibasuh dengan penyataan 'yelah, kau pandai , kau budak Sains~'
 
Ibubapa pula meletakkan harapan supaya anak mereka menjadi seorang saintis , doktor dan lawyer meyebabkan anak- anak yang mempunyai fikiran artistik menjadi tertekan dan mengubah mereka menjadi 'lawyer buruk'.
 
Dan sikap lawyer buruk itu merupakan sikap creative yang memang sedia ada dalam diri ARTIS dan jarang sesekali ia mampu mengubahnya melainkan dalam keadaan terpaksa atau dihimpit dengan masalah persekitaran. Saya akan membongkar sedikit demi sedikit sikap Seniman selepas ini. Insyaallah.
 
FIKIRAN SENIMAN(ARTIST MIND)

Gaya pemikiran seorang seniman adalah sangat berbeza, mereka meletak sesuatu perkara dalam keadaan yang berbeza. Dan dalam keadaan itu juga wujud persepsi masyarakat bahawa 'seniman merupakan munafik'(kerana meletakkan sesuatu bukan pada asalnya a.k.a Zalim). Seniman bukan penipu atau zalim terhadap sesuatu perkara, cuma mereka golongan yang berfikir dan suka mencuba sesuatu yang belum penah orang mahu mencuba.
 
Dari situ anda sudah tahu siapa yang bijak dan siapa yang tidak. Orang bijak akan membuat sesuatu dan bukan menggunakan sesuatu yang dah ada.
 
dan disitu juga gelaran DESIGNER  telah diberikan kepada seniman. Ramai tokoh terkenal yang di anggap genius seperti Ronaldo Da Vinci , Salvador Dali , Raphael dan ramai lagi.
 


CONTOH SITUASI

Okey, mari kita melihat hal seperti ini. Jika anda diberi epal di mana anda akan melihat dan memahami bahawa benda itu adalah makanan, dan kebanyakan akan membuang sisa-sisa. Namun seniman, akan melihat bahawa epal sesuatu yang berbeza dan ingin menerokai apa yang boleh dibuat dengan object atau subject matter itu. Mereka terdorong melakukan sesuatu ujikaji.


Dan dari keadaan itu PENGALAMAN menjadi faktor penting dalam mencapai matlamat ujikaji atau LUAHAN terhadap buah fikiran mereka. contohnya


jika seorang kanak-kanak mungkin buah epal tersebut akan dilukis bersama seekor ulat yang gemuk selepas makan. (buruk)
jika seorang seniman tua akan melukis epal dalam bentuk figura atau badan manusia.(cantik dan dengan element dan principle of art)


Proses yang sebenarnya di balik ini adalah otak pemicu. Sebagai contoh, jika anda mencium sesuatu yang kamu tidak mencium sejak kau masih kecil itu akan mencetuskan kenagan dalam otak anda dan anda akan baik mengingati dari mana asalnya bau itu atau akan menjadi kenangan samar-samar.

Seorang seniman akan memiliki masa lalu yang sangat unik. Mendengarkan jenis muzik tertentu sebagai seorang anak , melihat hal-hal yang khusus pada awal kehidupan, atau bahkan hal-hal yang pelik seperti menyayangi patung , gitar dan barangan seni. Ada kemungkinan-kemungkinan tak terbatas yang dapat membentuk ciri-ciri seorang seniman kerana tidak setiap seniman sama kebolehannya.


Anda telah pelukis, anda mempunyai pengukir , fotographer , dan pelbagai "digital artist" , dan mungkin belum ada kelebihan dalam mana-mana pun tetapi 'ada lah sesuatu yang orang tak ada'. Hanya Bayangkanlah berapa banyak ciri  ini diperoleh oleh lelaki dan perempuan biasa?

ANDA LUAR BIASA!!
(besambung..penat tulissss...)

DEFINISI SENI




Seni adalah proses atau produk yang sengaja menetapkan unsur-unsur dalam suatu cara yang menarik indra atau emosi. Ini merangkumi pelbagai kegiatan manusia, ciptaan, dan cara berekspresi, termasuk muzik, sastera, filem, patung, dan lukisan. Makna seni ini dibahas dalam cabang falsafah yang dikenali sebagai estetika.

Definisi dan evaluasi seni telah menjadi sangat bermasalah sejak awal abad ke-20. Richard Wollheim membezakan tiga pendekatan: yang Realis, dimana high estetika merupakan nilai mutlak terlepas daripada pandangan manusia; yang objektivis, dimana juga merupakan nilai mutlak, tetapi bergantung pada pengalaman manusia secara umum dan kedudukan relativis, dimana tidak nilai mutlak, tetapi bergantung pada, dan bervariasi dengan, pengalaman manusia manusia yang berbeza.

[1] Sebuah benda boleh ditandai oleh niat, atau ketiadaan, dari penciptanya, terlepas dari tujuan jelas. Sebuah cangkir, yang seolah-olah dapat digunakan sebagai wadah, boleh dianggap seni jika dimaksudkan hanya sebagai hiasan, sementara sebuah lukisan boleh dianggap seni jika diproduksi secara massal.

Secara tradisional, seni istilah digunakan untuk merujuk kepada suatu keahlian atau penguasaan. Konsepsi ini berubah selama tempoh Romantis, ketika seni datang untuk dilihat sebagai "fakulti khusus fikiran manusia perlu diklasifikasikan dengan agama dan ilmu pengetahuan".

[2] Secara umum, seni dibuat dengan tujuan untuk merangsang minda dan emosi

Sifat seni telah dijelaskan oleh Richard Wollheim sebagai "salah satu yang paling sukar difahami daripada masalah-masalah tradisional kebudayaan manusia".

 [3] Telah ditakrifkan sebagai wahana ekspresi atau komunikasi emosi dan idea-idea, suatu cara untuk menjelajah dan menghargai unsur-unsur formal untuk kepentingan mereka sendiri, dan sebagai mimesis atau perwakilan.

[4] Leo Tolstoy seni dikenalpasti sebagai tidak langsung bermaksud untuk berkomunikasi dari satu orang ke orang lain. Benedetto Croce dan RP Collingwood memajukan pandangan idealis bahawa seni mengungkapkan emosi, dan bahawa karya seni pada dasarnya kerana itu ada dalam pikiran pencipta.

 [5] Teori sebagai bentuk seni berakar pada falsafah Immanuel Kant, dan dibangunkan pada awal abad kedua puluh oleh Roger Fry dan Clive Bell. Seni sebagai mimesis atau perwakilan mempunyai akar dalam falsafah Aristotle. Baru-baru ini, para pemikir dipengaruhi oleh Martin Heidegger telah mentafsirkan seni sebagai cara yang dengannya masyarakat mengembangkan sendiri media untuk ekspresi diri dan penafsiran.

Islam


Directory ni di buat supaya di samping kita berkarya, kita dapat juga sedikit sebanyak Ilmu, Insyaallah..


KEAJAIBAN AL- QUR'AN DAN KEBENARAN TERBONGKAR MELALUI ILMU MODERN DAN DI TEMUI PENYELIDIK


Disampaikan oleh: Shah bin Kirit Kakulal Govindji
Informasi Islam & Perkhidmatan Foundation
Email: language@saba.com.my
Handphone: 019-555 777 0
Kandungan diadaptasi dari:


Al-Quran & Sains Moden - serasi atau tidak serasi


Ditulis oleh: Dr Zakir Abdul Karim Naik
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani


PENGENALAN

Sejak awal kehidupan manusia di planet ini, Manusia selalu berusaha untuk memahami Alam, tempatnya sendiri dalam skim Kejadian dan tujuan Hidup itu sendiri. Dalam pencarian untuk Kebenaran, bermula berabad-abad dan peradaban yang pelbagai, agama terancang telah membentuk kehidupan manusia dan, untuk sebahagian besar, telah menentukan arah sejarah. Sementara beberapa agama telah didasarkan pada teks tertulis, dituntut oleh pengikut mereka menjadi inspirasi ilahi, yang lain bergantung hanya pada pengalaman manusia.

TYPOGRAPHY



Tipografi (TYPOGRAPHY)

Design atau pemilihan surat borang yang perlu diatur dalam kata-kata dan kalimat dan dicetak atau dipaparkan secara elektronik. Tip
 
ografi berasal selepas penemuan pencetakan dari jenis bergerak pada pertengahan abad ke-15. Tiga jenis utama keluarga dalam sejarah pencetakan Sarawak adalah roman, miring, dan huruf hitam (Gothic). Semua itu mereka berasal daripada skrip daripada kaligrafi yang karya-karyanya pada akhirnya digantikan dengan mencetak. Dalam abad berjaya typographers telah membuat sekitar 10.000 tipografi (satu set lengkap surat bentuk desaign tertentu). Bergantung pada gaya surat-surat mereka, tipografi yang dikategorikan sebagai gaya lama, peralihan, dan moden. Umum digunakan meliputi tipografi Caslon, Baskerville, Bodoni, Garamond, dan Times New Roman. Lihat juga John Baskerville; Giambattista Bodoni; Stanley Morison. Pemilihan jenis huruf merupakan bahagian penting daripada muat estetika dalam graphic design
 
tipograpi
 
Seni memilih dan jarak tipografi yang sesuai dengan isi materi yang akan dicetak dan tinta dan kertas yang digunakan, untuk menghasilkan dibaca, dicetak sepotong estetika menarik. Designer typographers atau buku memutus panjang garis, jarak antara baris, kombinasi tipografi, jenis ukuran, tinta warna, dan kertas warna dan tekstur. Tipografi iklan cenderung sulit, kerana jumlah teks ditentukan harus copyfitted (lihat copyfitting) menjadi jumlah ruangan yang tetap dengan cara yang boleh diterima oleh wakil-wakil baik daripada pengiklan dan syarikat periklanan. Iklan tipografi memerlukan serangkaian layout (disebut kasar, komprehensif, dan terkini) dihasilkan untuk diluluskan oleh account executive biro iklan dan promosi produk dan pengurus

GRAPHIC PHOTOGRAPHY ILLUSTRATION INDUSTRIAL DESIGN FASHION ANIMATION

ILLUSTRASI (ILLUSTRATION)




Ilustrasi, semua jenis gambar atau hiasan digunakan bersamaan dengan teks yang memperindah penampilan atau untuk memperjelas maknanya. Ilustrasi adalah setua menulis, dengan baik yang berasal dari pictograph. Dengan munculnya pencetakan, seni melukis tangan penerangan menurun sebagai sarana ilustrasi buku.

Ilustrasi adalah visualisasi seperti gambar, lukisan, foto atau karya seni lain yang menekankan subjek lebih daripada bentuk. Tujuan ilustrasi adalah untuk menerangkan atau menghiasi maklumat tekstual (seperti sebuah cerita, puisi atau rencana akhbar) dengan memberikan representasi visual.

GRAPHIC PHOTOGRAPHY TYPOGRAPHY INDUSTRIAL DESIGN FASHION ANIMATION

PHOTOGRAPHY

Fotografi adalah muat, kegiatan dan mencipta seni gambar diam atau bergerak dengan merakam sinaran pada media yang sensitif, seperti filem fotografi, atau sensor elektronik.

Pola-pola cahaya dipantulkan atau dipancarkan daripada objek mengaktifkan kimia atau elektronik sensitif sensor selama jangka masa pendedahan, biasanya melalui lensa fotografi dalam sebuah peranti yang dikenali sebagai sebuah kamera yang juga menyimpan maklumat yang dihasilkan secara kimia atau secara elektronik. Fotografi mempunyai banyak kegunaan untuk perniagaan, ilmu pengetahuan, seni, dan kesenangan.

Proses pembentukan terlihat stabil atau kekal imej secara langsung atau tidak langsung dengan aksi cahaya atau bentuk radiasi lain pada permukaan yang sensitif.

Fotografi tradisional menggunakan tindakan cahaya untuk menyebabkan perubahan dalam filem kristal perak halida dalam menukar pembangunan yang terpapar halida perak untuk (nonsensitive) metalik perak. Setelah mengunjungi kawasan di kamera atau peranti lain, filem atau plat dikembangkan, tetap dalam sebuah solusi yang melarutkan perak halida berkembang, dicuci untuk menghilangkan garam yang larut, dan kering. Mencetak dari aslinya, jika diperlukan, dilakukan oleh kenalan atau kepada unjuran optik kedua bahan berlapis emulsi, dan urutan yang sama langkah pengolahan diikuti.

 Digital fotografi menangkap gambar secara langsung dengan photosensor elektronik. Lihat juga foto bahan.




Fotografi dipraktikkan pada peringkat profesional untuk lukisan potretnya dan untuk pelbagai aplikasi komersial dan industri, termasuk persiapan foto untuk iklan, ilustrasi, paparan, dan pencatatan.

Fotografi digunakan pada beberapa tingkatan dalam seni grafik untuk menukar foto asli atau ilustrasi lain ke plat cetak untuk pembiakan berkualiti tinggi dalam kuantiti. Industri fotografi termasuk generasi teknik dan pembiakan gambar, fotografi kelajuan quality, schlieren fotografi, Metallography, dan banyak bentuk lain dari teknikal fotografi yang boleh membantu dalam pengembangan, desain, dan pembuatan pelbagai produk. Foto udara digunakan untuk pengintipan tentera dan pemetaan, sivil pemetaan, perancangan bandar dan jalan raya, dan survei sumber material. Biomedical fotografi digunakan untuk mendedahkan atau merakam struktur biologi, sering signifikansi dalam kajian perubatan, diagnosis, ataupun rawatan. Fotografi secara luas diterapkan untuk mempersiapkan unjuran gambar dan lain memaparkan visual untuk pengajaran melalui pendidikan. Lihat juga Printing; Schlieren fotografi.



Fotografi adalah salah satu alat paling penting dalam bidang sains dan teknikal. Ini memperluaskan pelbagai visi, yang membolehkan rekod dicipta daripada hal-hal atau peristiwa yang sulit atau tidak mungkin untuk melihat kerana mereka terlalu lemah, terlalu singkat, terlalu kecil, atau terlalu jauh, atau berhubungan dengan radiasi yang mata tidak sensitif. Foto teknikal boleh dipelajari di waktu luang, diukur, dan disimpan untuk rujukan atau keselamatan. Akuisisi dan interpretasi foto dalam fotografi saintifik dan teknikal biasanya memerlukan penyertaan langsung oleh para saintis atau jurutera mahir.

GRAPHIC ILLUSTRATION TYPOGRAPHY INDUSTRIAL DESIGN FASHION ANIMATION

DEFINISI GRAFIK



Dictionary.com mendefinisikan graphic design sebagai "seni atau profesi komunikasi visual yang menggabungkan gambar, Perkataan, dan idea-idea untuk menyampaikan maklumat kepada audiens." Seorang designer graphic bertanggung jawab untuk mengatur dan menggunakan elemen pada jenis media yang berbeza (seperti poster, sebuah pakej atau website), kemungkinan besar dengan menggunakan program perisian grafik seperti Adobe Illustrator, Photoshop atau InDesign. Unsur-unsur ini meliputi:




Foto

• Ilustrasi

• Jenis

• Bentuk


Istilah graphic design dapat merujuk kepada beberapa disiplin artistik dan profesional yang bertumpu pada komunikasi visual dan persembahan. Pelbagai kaedah yang digunakan untuk membuat dan menggabungkan simbol, gambar dan / atau kata-kata untuk membuat representasi visual dari idea dan mesej. Seorang desainer grafis boleh menggunakan tipografi, seni visual dan tata letak halaman teknik untuk menghasilkan keputusan akhir. Desain grafis sering merujuk pada kedua muat (mendesain) oleh komunikasi yang diciptakan dan produk (desain) yang dihasilkan.

kegunaan graphic design termasuk majalah, iklan dan bungkusan produk. Sebagai contoh, sebuah pakej produk mungkin merangkumi sebuah logo atau karya seni lain, kepelbagaian teks dan elemen design murni seperti bentuk dan warna yang menyatukan potongan. Komposisi adalah salah satu ciri yang paling penting dari graphic design terutama bila menggunakan bahan yang sudah ada sebelumnya atau unsur-unsur pelbagai.

Elements of Design


Ikhtisar elemen yang membentuk desain, seperti warna, bentuk, jalur, jenis, ilustrasi dan gambar, dan bagaimana menggunakannya.

.. Bagaimanakah Lines Digunakan dalam Graphic Design?

Garis digunakan untuk membahagi ruangan, langsung mata, dan membuat bentuk. Pada tingkat yang paling dasar, garis lurus ditemui dalam layout untuk memisahkan kandungan, seperti di majalah, akhbar, dan desain situs Web. Hal ini tentu saja boleh pergi lebih jauh, dengan melengkung, putus-putus, dan garis-garis zigzag digunakan sebagai elemen yang menentukan pada laman dan sebagai asas untuk ilustrasi dan grafik.

Menggunakan Ilustrasi di Graphic Design

Ilustrasi yang umum digunakan dalam projek-projek graphic. Sebuah ilustrasi yang indah sering dapat meraih perhatian audiens seperti halnya sebuah foto, dan dalam banyak kes bahkan boleh lebih berkesan. Ilustrasi seringkali diperlukan untuk "menggambarkan" satu titik, seperti di graf, rajah dan peta atau dalam satu set ikon untuk sebuah website.

Elements Graphic Design


Unsur-unsur graphic design yang digunakan, dan sering digabungkan, untuk mencipta karya-karya grafik. Mereka tidak boleh dikacaukan dengan prinsip-prinsip desain seperti keseimbangan dan ruangan putih, melainkan komponen seperti warna, jenis dan gambar. Disajikan di sini adalah senarai yang paling umum digunakan elemen dalam graphic design.

Tekstur dalam Graphic Design

Tekstur boleh merujuk kepada permukaan sebenarnya design atau paparan visual suatu design. Dalam kes pertama, para penonton boleh benar-benar merasakan tekstur, menjadikannya unik dari elemen design lain. Dalam kes kedua, tekstur tersirat melalui gaya design. Kaya, berlapis-lapis visual grafik dapat mencipta tekstur yang sebenarnya mirror tekstur.

Menggunakan Shapes di Graphic Design

Bentuk berada di akar graphic design. Mereka adalah tokoh dan bentuk-bentuk yang membentuk logo, ilustrasi dan banyak elemen-elemen lain dalam semua jenis desain. Mengubah saiz, bentuk, sudut, warna dan ciri lain daripada bentuk dalam design secara signifikan dapat berdampak mesej dan kejayaan.

GRAPHIC DESIGN JUGA

Seni dan profession memilih dan menetapkan elemen-elemen visual - seperti tipografi, gambar, simbol, dan warna - untuk menyampaikan mesej kepada penonton. Kadang-kadang design graphic disebut "komunikasi visual." Ini adalah sebuah kolaborasi disiplin: penulis menghasilkan kata-kata dan fotografer dan ilustrator membuat imej bahawa pereka menggabungkan kepada mesej visual yang lengkap. Walaupun graphic design telah dipraktikkan dalam pelbagai bentuk sepanjang sejarah, itu muncul sebagai profesi tertentu selama muat spesialisasi pekerjaan yang terjadi pada akhir abad ke-19. Evolusinya telah terikat erat dengan perkembangan dalam pembuatan gambar, tipografi, dan proses reproduksi. Designer graphic terkemuka termasuk Jules Chéret, Piet Zwart, Paul Rand, Alexey Brodovitch, Milton Glaser, dan David Carson.

PHOTOGRAPHY ILLUSTRATION TYPOGRAPHY INDUSTRIAL DESIGN FASHION ANIMATION