Showing posts with label zahuri harun. Show all posts

SENI, ANTARA HOBI DENGAN KERJAYA

SENI HOBI ATAU KERJAYA?

Persoalan yang keluar dari kepala. Berapa ramai yang menjadikan seni sebagai kerjaya? Hobi tak payah cakap, memang ramai menjadikan seni sebagai hobi. Tak kisahlah seni cabang mana pun.

Kenyataan disini, Bukan senang nak menjadikan seni sebagai kerjaya tetapi menjadikan seni sebagai hobi, itu biasa.

APA YANG ANDA PERLU UNTUK MENJADIKAN SENI SEBAGAI KERJAYA


  1. Pertama sekali, RAJIN.. korang ada tak RAJIN ni? Korang kene tahu dalam bidang seni, basic dia adalah MENCIPTA, maksudnya disini, anda perlu mempunyai kemahiran mencipta produk. Macam mana anda ingin menjadikan kerjaya dah nama pun KERJA JAYA maksudnya ia haruslah mampu memberi pendapatan kepada anda, dan untuk menjana pendapatan anda perlulah memiliki sesuatu yang boleh dijual.

    Adakah produk anda boleh dijual? mungkin... kita sambung persoalan itu kemudian. Jawab dulu persoalan yang pertama.

    ADAKAH ANDA CUKUP RAJIN? kalau ada, maka luluslah 1 peringkat untuk menjadikan Seni sebagai kerjaya.. kalau takde RAJIN maka seni anda adalah hobi semata-mata.

  2. Kedua, SUDAH MEMPUNYAI NAMA? Ni bukan nak bagi nama korang kepada sayur-sayuran tau, (macam kartunis) tapi maksud soalan diatas adalah, sudahkah nama anda dikenali sebagai seorang pengeluar karya seni? Ini juga berkaitan dengan network dan teori JOHARI Window, bukan JOHARA pagi di era, tapi JOHARI (takde masa nak explain cari google).  Di mana, orang kenal anda sebagai apa dan anda nak orang kenal anda sebagai apa?

    Dia macam domain website la, orang pergi kat MUDAH.MY tu sebab nama tu ada macam-macam barang.

    Jadi reason kenapa orang mahu cari anda kene ada juga jadi itu sudah masuk list no 3
  3. Ketiga, PUNYAI IDENTITI SENDIRI. Orang takkan beli benda yang cliche' kecuali anda seorang budak graphic, pelanggan anda cenderung untuk membeli benda yang ada dalam kepala diorang, dan benda yang dalam kepala diorang adalah base apa yang mereka nampak. Client korang tu bukannya artis pun, dia tak berupaya imagine sama macam korang. Ok stop kutuk client, nanti client aku lari.

    Maka, aku tanya balik soalan yang sama, APASAL ORANG CARI KORANG? mestilah korang anda identiti sendiri.

    Seperti contoh Aku Napie kenapa orang sibuk cari Aku Napie? sebab komik Indie. Beliau ni terkenal dengan komik indie, kebangkitan komik style Zine tapi lebih kearah moden, sebab dulu zine macam cakar ayam, sekarang ni adik korang pun dah pandai photoshop maka produk lebih power la.

    Contoh ke dua ZAHURI HARUN, kenapa orang cari Zahuri Harun? Sebab dia mempunyai skill untuk membuat momento atau merakam suasana dalam bentuk sketch yang detail, tak taulah dia ni alien tanah melayu ke hape, tapi dia berjaya create identiti yang orang lain rasa tak semua orang ada, maybe jugak dia otai dah.

    Atau Kartunis Ujang atau Dato Lat, aku taknak kupas panjang, sebab aku tak jumpa diorang lagi.. yang aku explain panjang tu dalam list kawan, kira aku promote la ni. Yang otai atas berdua tu, kartunis yang aku suka je, tapi takde kesempatan nak jumpa, maklum lah dah kawin, aku sayang bini lebih hahahaha jadi kalau Ujang ngan Dato Lat nak aku review (dan aku rasa diorang kisah ape blogger macam aku ni) meh la kita mengopi.

    Berbalik pada Tajuk, maksud aku mereka-mereka ini ada identiti.

  4. Ke-empat, SANGGUP AMBIL RISIKO. Ha! korang dah bersedia ke tak dapat makan sebulan kalau takde orang demand seni ko tu? kalau tak sedia, jom apply kerja kat 7eleven, aku ada nampak open job tadi kat seksyen 9.

    Kalau 3 perkara kat atas tu takde pada korang, membuat karya seni adalah risiko yang perlu korang telan.

    Semasa aku berjuang secara seniman Indie dulu (Sekarang aku kerja kat company, aku sayang bini wooo mana boleh aku berjuang kalau bini aku tak dapat keperluan) sebulan paling banyak jualan karya aku RM500 je, hal ini sebab 3 perkara di atas aku takde sangat.

    Dan aku juga seorang Multi Task punya orang, Kalau korang multi tasking punya orang.. aku rasa agak susah juga korang nak jadikan seni sebagai kerjaya sebab korang terlalu sibuk.

    Jadi kepada multi-tasker! Korang jadikan seni tu hobi jela, kecuali korang sanggup ambil risiko dan hidup bujangs hehehehe
  5. Ke-Lima, MARKETING! Ni penentu karya korang untuk dapat duit, korang ingat senang ke nak jadi artis? korang kalau dah nama ARTIS kompom bodoh punya kat bahagian Sale dan Marketing. Aku berani kerat jari (kecuali korang otai), korang sendiri pun tak tahu nilai karya korang kan?

    Aku pun bodoh gak, tak tahu nilai karya aku, tapi aku belajar dari pelanggan. Dalam tempoh 3 tahun, aku banyak belajar dari apa yang client mampu bayar untuk karya aku.

    Itu tertakluk juga pada identiti dan cantik atau tak karya korang tu. Lebih cantik lebih mahal.

    Dari side MARKETING, sekarang ni marketing online, korang add je ramai orang, korang blast karya korang. Nescaya kalau cantik ramai orang like. Kalau ada orang nak beli, maksudnya ada value la karya korang tu.

    Nak lagi power, karya korang tu korang sebarkan la dalam bentuk flyers kalau korang kaya sangat la.

    Pastu, korang buat la pameran ke masuk booth sale ke, macam mana nak dapat duit kalau korang tak bergerak macam aku (aku jadi penulis blog je hehehe)

    Korang suruh la Aaron Aziz ke Alif Aziz ke Aziz M Osman ke pegang karya korang tu, tangkap gambar, pastu korang tag Abdul Rani Kulup.. Kompom karya korang meletop.

    MELETOP tu la marketing. Dia macam buah durian, kalau orang boleh bau dan ada selera, maka karya korang pun boleh up!
Begitulah sedikit perkongsian pengalaman aku yang cetek dalam bidang ni.. kalau korang nak tau detail cara nak survive dalam kerjaya Seni ni, korang tanyalah 2 orang kat atas yang aku dah linking tu. Aku malas nak jawab soalan korang banyak-banyak. (Tengok, aku takde RAJIN! maksudnya aku dalam seni ni hobi je)

Assalamualaikum, 

CEO AKUBUDAKSENI
HAFIZ RANI KULUP



Aku tak malas buat website dan grafik sebab tu kerja aku la!


Zahuri Harun - The Portrayal Of Malaya, Artis Negara Setanding Antarabangsa.


Siapakah Dia Zahuri Harun?

Zahuri Hj Harun atau dikenali sebagai Zahuri Harun merupakan seorang artis illustrasi yang bekerja sebagai freelance, pengarah kreatif animasi, pelukis komik dan penulis skrip.

Beliau pernah tersenarai dalam laman sesawang popular says.com sebagai 10 doodler yang mempunyai identiti tersendiri dalam karya mereka di sini.

Apa Yang Luar Biasa mengenai Zahuri Harun?

Zahuri Harun mempunyai kemahiran lanskap namun beliau bukanlah mempunyai pendidikan dalam bidang berikut. Kemahiran semula jadi beliau mempunyai nilai estetika yang kearah sketches, perspective, detailing dan fish eyes sangat menarik minat generasi X dan ke atas mengenang kembali keadaan Malaysia dari pandangan kampung dan marhean.

Team akubudakseni menemui beliau untuk mengetahui apakah pengisian untuk setiap karya beliau sehingga mempunyai aura dan jiwa yang kuat.

Apakah Yang Di Bawa oleh Beliau


Zahuri Harun menyatakan beliau lebih suka penceritaan yang santai, rakyat marhean dan merakam moment dan tidak menjadikan subjek sebagai watak utama karyanya.

Apa yang menjadikan karyanya itu seakan bernyawa adalah apabila beliau mampu merakamkan gelagat rakyat di persekitaran kaki lima, kampung-kampung dan tempat-tempat yang selalu kita kunjungi dengan aktiviti rakyat seperti mamak, orang mengangkat barang, penjaga gerai, flat-flat, anak-anak kampung dan lain-lain itu menjadikan karyanya dekat dengan masyarakat.

Dari pandangan kami AkuBudakSeni, karya Zahuri Harun bukan bertujuan memuaskan hati 1 individu dan menfokuskan kepada golongan tertentu sahaja, ia memuaskan hati semua orang, semua bangsa dan semua profession yang ada di Malaysia, apabila melihat lukisannya.. terasa seperti kita pernah berada dalam persekitarannya itu.

Berikut antara karya yang dapat di kepilkan di ruangan kali ini. Diambil dari instagram beliau.






Sejarah Zahuri Harun Dalam Dunia Seni?

Apabila diajukan soalan, "Betulkah pernah bersama dalam projek animasi Usop Sontorian?" beliau mengakuinya dan menambah, beliau juga pernah bersama dalam projek animasi Sang Wira yang pernah ditayangkan di RTM satu masa dahulu. Beliau petah berbahasa loghat negeri sembilan.


Siapakah Inspirasi Terbesar Dalam Penghasilan Karya?

Tanpa segan silu beliau menyatakan Dato' Lat yang terkenal dengan Kampung boy banyak mempengaruhi dan menjadi inspirasinya dalam bekarya.

Kemanakah Hala Tuju Karya Zahuri Harun?

Beliau mempunyai visi yang sangat besar dan mahu menjadikan karyanya sebuah profession dan professional. Sehingga mampu setanding dengan karya yang mampu tembus sehingga ke pasaran antarabangsa. Buat masa ini, beliau dalam proses penghasilan karya dan mahu dibukukan.

Saya dapat melihat soul yang kuat dalam karya Zahuri Harun kerana saya juga berasal dari kampung dan seorang rakyat yang marhean - Hafiz Zainal @ Spikey Fidz ( Kartunis Indie dan Pereka Grafik dan Multimedia )